Galeri Foto

PROGRAM #ROS-CARE BIL 15/2022 (26 OKTOBER 2022)

JPPM Negeri Pahang telah dijemput untuk memberikan taklimat kepada Pertubuhan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Pahang (2012). Program ini adalah bertujuan untuk memastikan pertubuhan berdaftar bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966, Undang-undang Tubuh Pertubuhan dan Dasar-dasar Negara serta memperkasakan pertubuhan kearah pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Program ini dijalankan khas kepada Pertubuhan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Pahang (2012) dan cawangan-cawangan dibawah pertubuhan ini bagi menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam pertubuhan yang melibatkan pemahaman mengenai perlembagaan pertubuhan dan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan oleh pertubuhan.

Program ini juga menekankan mengenai urus tadbir pertubuhan antaranya cara menggunakan sistem eROSES bagi modul penyata tahunan, pembaharuan Setiausaha, kemaskini AJK dan pindaan perlembagaan dan tanggungjawab cawangan-cawangan.


Seramai 11 orang AJK dari pertubuhan induk dan cawangan telah hadir pada taklimat ini.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP